Saturday 24 December 2011

Renungan Bersama


Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai....

2 comments:

  1. assalamualaikum... subhanallah... alhamdulillah.. post yg menarik.. semoga tuan punye blog n tuan punye komen berusaha brsunggguh2 dan sabar dlm khusyuk mendalami ilmu dunia mahupun ilmu akhirat.. "masa depan tidak ditentukan oleh CGPA IJAZAH, tetapi ditentukan oleh CGPA IBADAH.." insyaAllah... semoga mendapat ketenangan, kejayaan dan semangat dalam melalui minggu belajar dan minggu peperiksaan mendatang.. insyaALLAH.. amin...

    ReplyDelete
  2. wslm.. 1st skali trma ksh ats nsht yg dbrikn 2,insyaAllah CGPA ibadah yg diutmakan.. smga saudari pn bg2 jga.. brjye dnia n akhrt ddoakn.. amin..

    ReplyDelete