Monday 26 December 2011

To My "FRIENDS"

Thank you for being my FRIEND....


A FRIEND

F is for the fun we had together

1st sem at UMP
R is for the relaxing time we shared together
I is for the interesting moments we had
E is for the entertaining time we spent
N is for the never ending friendship that we'll have
D is for the days we'll never forget

You never stop listening to all my troubles
Your advise and sympathy helped me move on 
You made me forget the pain that crushed my heart
You were my pain relief

Now after all this 
I have learnt so much from you
And I want the world to know 
How lucky I am 
TO have a friend like you.....




bdk sekolah...






posing rmai2,api xnyala pn lg,huhu






"MENARA M09"






Bestnye time nie...







Rakan2 fasilitator minds 2011/2012









kwn2 KMPP








year 1 at UMP








Kwn2Ku sume HNSEM2..







HAHA.. GAYA JERR LEBIH..


ANYWAY...
syukur sgt dpt kwn2,saem2,n gu2 cm korg sume...sporting,rilek,satu kepala and sentiasa support dri ini...
InsyaAllah,truskn perjuangan kita selama pengajian di UMP,sma2lh kita nikmati usaha kita diwktu mjlis graduasi kita 6ti... tp lmbt lglh kn,huhu... ^_^

Saturday 24 December 2011

Renungan Bersama


Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai....

Friday 23 December 2011

WAHAI SI ANAK....

Alhamdulillah,selesai sudah minggu yang memenatkan. Semua assignment,kuiz dan test telahpun settle. Kini tibalah masa untuk minggu ulangkaji ataupun dengan kata lain study week. Tapi betul ker study week?? Ker stido week?? Haha.. tepuk dada tanya diri masing-masing.
Teringat pulak azam waktu awal-awal semester dulu. Sem nie kena score betul-betul,tidak boleh main-main lagi. Agak-agaknya tercapai ke tidak azamku itu?? Entah,hanya masa dan result final exam je yang akan menentukannya nanti. Time study week camnielah hati nie teringat kat kampung,kat family. Lagi terasa bila tengok ramai yang balik rumah bila study week. Nak jugak balik rasanya. Bercakap pasal keluarga,pastinya kita semua terbayangkan wajah kedua ibubapa kita,kita akan teringat pada kata-kata mereka yang penuh kasih sayang,nasihat yang diberikan kepada si anak yang jauh di perantauan.

Pernahkah kita terfikir bagaimana ibu kita semasa kita masih lagi di dalam kandungannya? Pernahkah kita bayangkan bagaimana rasanya bagi seorang ibu sewaktu kita menendang dari dalam rahim ibu kita? Ibu sedaya upaya menjaga bayi dalam kandungan. Ibubapa berusaha mendidik si anak,menyediakan segalanya untuk kita seorang anak,menghantar kita menuntut ilmu sehinggakan ke puncak menara gading dan mendapat kerja dengan gaji yang lumayan. Tetapi adakah kita sedar semua itu? Sudahkah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang anak kepada kedua ibubapa kita? Mana hilangnya janji manis kita kepada mereka dulu? Ramai diantara kita yang seringkali
 terlanjur melakukan kesalahan
 dan menyakitkan hati ibubapa
 tetapi sudahkah kita 
meminta maaf daripada
 ibubapa masing-masing? 


Tanpa syak lagi semua ibubapa sentiasa risau dan berdoa untuk anak-anak mereka supaya sentiasa sihat dan Berjaya dunia akhirat tapi adakah kita sebagai seorang anak sentiasa berbuat demikian? Pernahkah kita terfikir bahawa mereka juga memerlukan doa anak yang soleh dan solehah sebagai bekalan mereka di akhirat kelak? Apakah yang kita bekalkan untuk hari akhirat mereka? Adakah dosa pakaian kita yang tidak menutup aurat? Gaya pergaulan kita yang bebas? Adakah dosa-dosa yang dilakukan oleh kita yang akan menjadi bekalan mereka di akhirat nanti? Atau doa,akhlak yang baik,aurat yang ditutup dengan sempurna dan usaha kita untuk menjadi anak yang soleh /solehah untuk kita bekalkan kepada mereka? Renung-renungkanlah...

Akhir sekali kepada anak-anak perantauan yang dah lama tidak balik rumah dan jumpa ibubapa tu, ape kata sentiasalah kita menghubungi ibubapa kita,tanya khabar mereka dan berboraklah dengan mereka sentiasa. Rindu pulak rasanya nak cakap dengan kembar kat rumah tu...huhu

Thursday 15 December 2011

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.... segala puji bagi Allah s.w.t kerana berpeluang juga akhirnye bagi diri ini untuk mencipta blog sendiri.. InsyaAllah... sebagai mana nama blog ini,moga2 saya n sahabat2 sekalian berupaya mencari ketenangan diri dan  sentiasa muhasabah diri setiap masa... Diharap segala salah dan silap didalam blog ini ditegur tanpa mengira pelbagai aspek perbincangan mahupun pendapat...

Akhir sekali......

Diri ini  hanyalah insan biasa yang hanya ingin berkongsi ilmu yang diperolehi. Diri ini sama seperti pembaca yang lain,pembaca yang sedang bermujahadah membaiki kelemahan dan mencari kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah s.w.t. memberkati dan merahmati kita semua.. InsyaAllah.. Amin.. :-)