Sunday 10 June 2012

Adakah Perlu Seseorang Lelaki betul2 Serius Dengan Pasangannya???

Adakah Perlu Seseorang Lelaki betul2 Serius Dengan Pasangannya??? Lelaki yang merupakan kaum Adam biasanya dikaitkan dengan sifat-sifat yang tidak serius,suke main-main,susah untuk dipercayai dan amat dibimbangi oleh kaum Hawa kerana sifat-sifatnya. Tapi tidak semua kaum Adam seperti yang dinyatakan..
Ada diantara kaum Adam yang betul-betul serius,jujur dan ikhlas dalam perhubungan mereka terhadap pasangan mereka. Tapi... Masalah lain plak yang timbul.. Mereka bertemu pula dengan pasangan perempuan yang memainkan perasaan ikhlas dan jujur mereka.. Ini merupakan satu kitaran yang tak dapat dielakkan kerana manusia... manusia tergolong dalam pelbagai jenis golongan dan susah untuk ditafsir dan dinilai hanya diluaran sahaja.. Sebenarnya perhubungan ini merupakan salah satu perjudian jugak kerana bagi setiap mereka yang mempunyai pasangan pasti inginkan pasangan mereka setia dan jujur dengan mereka.. Pada zaman ini,bukan hanya lelaki bahkan perempuan juga tidak terelak daripada memainkan perasaan,tidak jujur dan hanya main-main dalam hubungan mereka.. Bagi golongan ini,mereka hanya mempunyai sifat "teringin,was-was dan berpeluang untuk meninggalkan yang sedia ada jika mendapat yang lebih baik seperti hensem,popular,sedap mata memandang dan pandai bermain kata-kata"..

Haha.. Sekarang.. Bukan hanya kaum Hawa malahan kaum Adam juga bimbang dalam perhubungan.. Kerana pabila kaum Adam telah memberikan segalanya pada kaum Hawa,mereka jauh lebih bimbang kerana sukar bagi mereka memberikan segalanya,jujur dan serius dalam perhubungan.. Oleh itu,adalah amat rugi bagi kaum Hawa jika mereka melepaskan seorang insan yang bernama lelaki seperti itu kerana adalah terlalu rmai kaum Hawa yang menantikan seseorang seperti itu.. Oleh itu kaum Hawa sepatutnya menghargai dan seharusnya merasakan amat bertuah jika mereka mendapat pasangan hidup seperti itu~


Disini disertakan beberapa tanda seseorang lelaki itu betul-betul serius dalam perhubungan mereka..

  • Memperkenalkan pasangan kepada sahabat,kaum keluarga dan saudara mara.. Disamping sanggup untuk berjumpa dengan keluarga pasangan mereka.. kerana sesetengah lelaki akan memberikan seribu satu alasan apabila kaum Hawa meminta mereka untuk bertemu dengan keluarga dan meminta kebenaran dalam perhubungan mereka.
  • Mengingati apa yang telah berlaku,peristiwa-peristiwa penting lebih daripada kaum Hawa itu sendiri.. Contohnya segalanya mengenai pasangannya. Kaum Hawa seharusnya ingat kerana jika kaum Adam bersifat sebegitu tetapi amat biasa bagi kaum Hawa,maka perasaan kaum Adam sedikit demi sedikit akan luntur dan berkurangan.
  • Mengambil berat terhadap apa yang anda lakukan.. Ambil tahu segala apa yang anda lakukan,bukannya mengganggu tetapi sifat ambil berat mereka.. ini merupakan salah satu kelebihan bagi kaum Hawa kerana ada sesetengah kaum Hawa diluar sana tidak dapat merasai sume ini kerana sifat pasangan mereka yang acuh tak acuh dan tidak mengambil berat langsung tentang mereka.
  • Berkongsi masalah.. Kebiasaanya,seorang lelaki amat sukar untuk berkongsi masalah mereka. Mereka hanya berkongsi masalah dengan orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya mereka sanggup berkongsi masalah,susah senang dengan kaum Hawa,ini merupakan petanda yang pasangan mereka itu amat penting dalam kehidupan mereka.
  • Sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk pasangan mereka.. Mereka akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk pasangan mereka walaupun kadang2 mereka amat letih,tidak sihat dan mempunyai masa yang amat sempit tetapi mereka berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan mereka. Bagi kaum Hawa pula,mereka seharusnya menerima kelebihan dan kelemahan pasangan mereka kerana setiap orang tidak sempurna..

    Fuhh.. banyaknya mengarut dalam post ini.. huhu...
                                                                     

                                                                             

    Simple,cantik n agak lawa jugak,hehe.. 


    ~terima kasih terhadap kasih yang diberikan~