Friday 23 December 2011

WAHAI SI ANAK....

Alhamdulillah,selesai sudah minggu yang memenatkan. Semua assignment,kuiz dan test telahpun settle. Kini tibalah masa untuk minggu ulangkaji ataupun dengan kata lain study week. Tapi betul ker study week?? Ker stido week?? Haha.. tepuk dada tanya diri masing-masing.
Teringat pulak azam waktu awal-awal semester dulu. Sem nie kena score betul-betul,tidak boleh main-main lagi. Agak-agaknya tercapai ke tidak azamku itu?? Entah,hanya masa dan result final exam je yang akan menentukannya nanti. Time study week camnielah hati nie teringat kat kampung,kat family. Lagi terasa bila tengok ramai yang balik rumah bila study week. Nak jugak balik rasanya. Bercakap pasal keluarga,pastinya kita semua terbayangkan wajah kedua ibubapa kita,kita akan teringat pada kata-kata mereka yang penuh kasih sayang,nasihat yang diberikan kepada si anak yang jauh di perantauan.

Pernahkah kita terfikir bagaimana ibu kita semasa kita masih lagi di dalam kandungannya? Pernahkah kita bayangkan bagaimana rasanya bagi seorang ibu sewaktu kita menendang dari dalam rahim ibu kita? Ibu sedaya upaya menjaga bayi dalam kandungan. Ibubapa berusaha mendidik si anak,menyediakan segalanya untuk kita seorang anak,menghantar kita menuntut ilmu sehinggakan ke puncak menara gading dan mendapat kerja dengan gaji yang lumayan. Tetapi adakah kita sedar semua itu? Sudahkah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang anak kepada kedua ibubapa kita? Mana hilangnya janji manis kita kepada mereka dulu? Ramai diantara kita yang seringkali
 terlanjur melakukan kesalahan
 dan menyakitkan hati ibubapa
 tetapi sudahkah kita 
meminta maaf daripada
 ibubapa masing-masing? 


Tanpa syak lagi semua ibubapa sentiasa risau dan berdoa untuk anak-anak mereka supaya sentiasa sihat dan Berjaya dunia akhirat tapi adakah kita sebagai seorang anak sentiasa berbuat demikian? Pernahkah kita terfikir bahawa mereka juga memerlukan doa anak yang soleh dan solehah sebagai bekalan mereka di akhirat kelak? Apakah yang kita bekalkan untuk hari akhirat mereka? Adakah dosa pakaian kita yang tidak menutup aurat? Gaya pergaulan kita yang bebas? Adakah dosa-dosa yang dilakukan oleh kita yang akan menjadi bekalan mereka di akhirat nanti? Atau doa,akhlak yang baik,aurat yang ditutup dengan sempurna dan usaha kita untuk menjadi anak yang soleh /solehah untuk kita bekalkan kepada mereka? Renung-renungkanlah...

Akhir sekali kepada anak-anak perantauan yang dah lama tidak balik rumah dan jumpa ibubapa tu, ape kata sentiasalah kita menghubungi ibubapa kita,tanya khabar mereka dan berboraklah dengan mereka sentiasa. Rindu pulak rasanya nak cakap dengan kembar kat rumah tu...huhu

No comments:

Post a Comment